Kesatuan Kebangsaan
Pembantu Perawatan Kesihatan
Semenanjung Malaysia
Salam Sejahtera
Selamat datang ke Halaman Kesatuan Kebangsaan Pembantu Perawatan Kesihatan Semenanjung Malaysia
Bersyukur kita kepada tuhan yang Maha Esa dapat kita bersama-sama menjayakan Laman Halaman ini
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi pada masa kini telah mencetuskan revolusi di dalam era penyampaian maklumat dalam pelbagai aspek dengan lebih berkesan , pantas dan efisien
UCAPAN PRESIDEN
Kita bersyukur kerana kesatuan kita telah mengunakan saluran yang sesuai dan pendekatan yang berhemah dalam menyuarakan isu-isu dan cadangan yang membangunkan. Kesatuan ini sentiasa peka dan terbuka terhadap setiap isu serta usul yang di bangkitkan oleh ahli-ahli kita. Ini adalah aspek penting yang menjadikan kita relevan dalam setiap perjuangan dan kegiatan kita.
SEJARAH PENUBUHAN
Nama Kesatuan yang telah ditubuhkan pada tahun 1959 dengan nombor pendaftaran 13 dengan nama Government Medical and Health Employees National Trade Union (1959).
Pada 9 Oktober 1979 nama Kesatuan telah diubah kepada Kesatuan Kebangsaan Pekerja – pekerja Perubatan dan Kesihatan Semenanjung Malaysia. Pada 1 Mac 2010 nama Kesatuan sekali lagi ditukar kepada Kesatuan Kebangsaan Pembantu Perawatan Kesihatan Semenanjung Malaysia (yang akan disebut “Kesatuan” di dalam ini).
PERLEMBAGAAN KESATUAN
KESATUAN KEBANGSAAN PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN SEMENANJUNG MALAYSIA